Friday, 28 September 2018

REFLEKSI KELAS MORFOLOGI BAHASA MELAYU MINGGU 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr.Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Norsofiah kerana membenarkan saya dan rakan-rakan yang lain  untuk memasuki kelas Dr.Norsofiah pada hari khamis yang lalu buat kali yang pertama. Setelah mengikuti kelas Sejarah Linguistik Bahasa Melayu selama tiga minggu saya mendapati bahawa subjek tersebut tidak relevan dengan kerjaya saya sebagai bakal sorang guru pendidikan khas pada masa akan datang. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menukar subjek tersebut kepada subjek Morfologi Bahasa Melayu. Saya juga berharap agar keputusan yang saya buat ini merupakan keputusan yang terbaik.

Refleksi saya pada minggu ketiga setelah mengikuti kelas tersebut saya telah mendapati bahawa Dr.Norsofiah banyak menggunakan ict sebagai bahan pengajaran.Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk menumpukan perhatian di dalam kelas selain menggunakan slide sebagai bahan pengajaran. Selain itu, saya juga memperoleh ilmu yang baharu daripada rakan-rakan di dalam kelas iaitu tentang tatabahasa preskriftif dan deskriftif tetapi secara tidak mendalam memandangkan kali pertama saya mengikuti kelas tersebut. Saya juga begitu seronok dengan cara pengajaran yang di ajar oleh Dr kerana ia akan melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang minat saya untuk lebih memahami subjek ini. Saya juga berharap agar sepanjang saya mengikuti kelas morfologi ini saya dapat menggunakan tatabahasa dengan betul dan dapat memahami apa yang disampaikan oleh Dr.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI

Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi. Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikut...