Assalamualaikum Dr dan
rakan-rakan
Tutorial (20/11/2018)
Tutorial berjalan seperti
biasa tetapi tempatnya agak istimewa daripada yang biasanya iaitu dilaksanakan
di perpustakaan Hamzah Sendut 1. Dr telah memberikan kepada kami semua sehelai
kertas untuk menjawab kuiz secara berpasangan. Kuiz yang diberikan adalah
berkaitan dengan membina ayat berdasarkan imbuhan kata kerja. Kami perlu
mencari majalah iaitu Dewan Bahasa dan Dewan Rakyat untuk mencari ayat yang
berkaitan dengan imbuhan kata kerja tersebut. Masa yang diperuntukkan selama 1
jam. Walaupun, masa berjalan begitu pantas akhirnya kami dapat menyiapkan
setiap soalan yang diminta. Sebelum melaksanakan kuiz yang sebenar Dr telah
meminta kami semua untuk membuat pra kuiz yang diberikan sebelum hari isnin.
Tujuan pra kuiz dilaksanakan adalah untuk membolehkan kami dapat menunjukkan
kefahaman tentang maksud empat imbuhan bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan,
sisipan, akhiran serta apitan dan dapat mempamerkan keupayaan untuk membina
ayat berdasarkan maksud imbuhan tersebut. Secara jujurnya, dengan adanya kuiz
seperti ini banyak membantu saya memahami maksud setiap imbuhan kata kerja
melalui pembacaan saya dari buku Tatabahasa Dewan. Selesai menjawab kuiz semua pelajar diminta untuk bergambar bersama Dr sebagai bukti kehadiran ke tutorial.
Kuliah (22/11/2018)
Pada kuliah ini Dr telah
mengedarkan rangka pengajaran yang bertajuk pengenalpastian kelas kata.
Pengenalpastian sesuatu kelas kata boleh dilihat dari segi kriteria morfologi
dan sintaksis. Walaubagiamanapun, setiap kriteria tersebut mempunyai kekuatan
dan kelemahan yang tersendiri. Kelas kata leksikal terdiri dari kata nama dan
kata kerja manakala kata bukan leksikal pula terdiri dari kata bilangan, kata
bantu, kata determiner dan sebagainya. Ciri hakiki bagi kata nama melalui
penentuan, keserasian, bilangan, kepunyaan dan penjodoh bilangan dan ciri
hakiki bagi kata kerja adalah konsep waktu iaitu telah, sedang, masih, tengah
dan akan dan boleh diungkapkan oleh kata bantu manakala konsep suasana pula
diungkapkan oleh kata modalitas . Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa kata
leksikal haruslah digandingkan dengan kata bukan leksikal untuk menjadikan
sesuatu ayat itu bermakna. Sebagai contoh bagi kata kerja, mereka sedang
berlari di taman. Selain itu, argument merujuk unsur atau elemen yang wajib
hadir dalam sesuatu ayat dan diperlukan oleh kata kerja. Kata kerja tak
transitif memerlukan 1 argumen, kata kerja ekatransitif memerlukan 2 argumen
dan kata kerja dwitransitif memerlukan 3 argumen. Kata adjektif berasosiasi
dengan kata penguat seperti darjah kesangatan, kepalingan dan keagungan. Kata
penguat ini tidak membawa sebarang makna tetapi membawa darjah kesangatan,
kepalingan dan keagungan sahaja. Kata preposisi juga berasosiasi dengan kata
nama dan kata adverb juga berfungsi sebagai adjung. Sebagai contoh, sekarang
adik boleh tidur. Jadi jika perkataan sekarang digugurkan atau dikekalkan ayat
tersebut tetap menjadi gramatis. Selepas kuliah, Dr hendak melaksanakan kuiz
akan tetapi terdapat kekangan yang tidak mengizinkan kami semua untuk menjawab
kuiz. Terima kasih Dr telah memberi penerangan dengan panjang lebar kepada kami
semua.






