Thursday, 22 November 2018

REFLEKSI DIRI MINGGU KE-11

Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan

Tutorial (20/11/2018)
Tutorial berjalan seperti biasa tetapi tempatnya agak istimewa daripada yang biasanya iaitu dilaksanakan di perpustakaan Hamzah Sendut 1. Dr telah memberikan kepada kami semua sehelai kertas untuk menjawab kuiz secara berpasangan. Kuiz yang diberikan adalah berkaitan dengan membina ayat berdasarkan imbuhan kata kerja. Kami perlu mencari majalah iaitu Dewan Bahasa dan Dewan Rakyat untuk mencari ayat yang berkaitan dengan imbuhan kata kerja tersebut. Masa yang diperuntukkan selama 1 jam. Walaupun, masa berjalan begitu pantas akhirnya kami dapat menyiapkan setiap soalan yang diminta. Sebelum melaksanakan kuiz yang sebenar Dr telah meminta kami semua untuk membuat pra kuiz yang diberikan sebelum hari isnin. Tujuan pra kuiz dilaksanakan adalah untuk membolehkan kami dapat menunjukkan kefahaman tentang maksud empat imbuhan bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan, sisipan, akhiran serta apitan dan dapat mempamerkan keupayaan untuk membina ayat berdasarkan maksud imbuhan tersebut. Secara jujurnya, dengan adanya kuiz seperti ini banyak membantu saya memahami maksud setiap imbuhan kata kerja melalui pembacaan saya dari buku Tatabahasa Dewan. Selesai menjawab kuiz semua pelajar diminta untuk bergambar bersama Dr sebagai bukti kehadiran ke tutorial.



Kuliah (22/11/2018)

Pada kuliah ini Dr telah mengedarkan rangka pengajaran yang bertajuk pengenalpastian kelas kata. Pengenalpastian sesuatu kelas kata boleh dilihat dari segi kriteria morfologi dan sintaksis. Walaubagiamanapun, setiap kriteria tersebut mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Kelas kata leksikal terdiri dari kata nama dan kata kerja manakala kata bukan leksikal pula terdiri dari kata bilangan, kata bantu, kata determiner dan sebagainya. Ciri hakiki bagi kata nama melalui penentuan, keserasian, bilangan, kepunyaan dan penjodoh bilangan dan ciri hakiki bagi kata kerja adalah konsep waktu iaitu telah, sedang, masih, tengah dan akan dan boleh diungkapkan oleh kata bantu manakala konsep suasana pula diungkapkan oleh kata modalitas . Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa kata leksikal haruslah digandingkan dengan kata bukan leksikal untuk menjadikan sesuatu ayat itu bermakna. Sebagai contoh bagi kata kerja, mereka sedang berlari di taman. Selain itu, argument merujuk unsur atau elemen yang wajib hadir dalam sesuatu ayat dan diperlukan oleh kata kerja. Kata kerja tak transitif memerlukan 1 argumen, kata kerja ekatransitif memerlukan 2 argumen dan kata kerja dwitransitif memerlukan 3 argumen. Kata adjektif berasosiasi dengan kata penguat seperti darjah kesangatan, kepalingan dan keagungan. Kata penguat ini tidak membawa sebarang makna tetapi membawa darjah kesangatan, kepalingan dan keagungan sahaja. Kata preposisi juga berasosiasi dengan kata nama dan kata adverb juga berfungsi sebagai adjung. Sebagai contoh, sekarang adik boleh tidur. Jadi jika perkataan sekarang digugurkan atau dikekalkan ayat tersebut tetap menjadi gramatis. Selepas kuliah, Dr hendak melaksanakan kuiz akan tetapi terdapat kekangan yang tidak mengizinkan kami semua untuk menjawab kuiz. Terima kasih Dr telah memberi penerangan dengan panjang lebar kepada kami semua.









No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI

Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi. Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikut...