Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan
Pada minggu ini saya berasa gembira kerana kelas dan tutorial dibatalkan kerana Universiti Sains Malaysia telah mengadakan konvokesyen kali yang ke-56. Walaubagaimanapun, tugasan tetap berjalan seperti biasa. Tugasan yang pertama kami telah diberikan kumpulan oleh Dr yang terdiri daripada 4 orang ahli mengikut warna yang sama untuk melaksanakan video dengan menggunakan aplikasi "powtoon" yang bertajuk morfem menurut Katamba dan Booij. Kami memulakan perbincangan pada pukul 2 petang sehingga 7 malam untuk menyiapkan satu video. Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi kami kerana setiap ahli kumpulan kami tidak pernah menggunakan aplikasi "powtoon" sebelum ini. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang. Akhirnya kumpulan kami berjaya menyiapkan tugasan ini.
Tugasan yang kedua pula kami diberikan arahan untuk bergambar di sekitar kawasan Dewan Tunku Syed Putra dengan ahli kumpulan mengikut kreativiti masing-masing. Pada hari tersebut, hujan rintik-rintik dan kesesakan lalu lintas tapi kami gagahi jua demi tugasan. Alhamdulillah, walaupun terdapat beberapa halangan akhirnya kami dapat juga bergambar disitu bersama ahli kumpulan.
Tuesday, 30 October 2018
Friday, 19 October 2018
REFLEKSI DIRI MINGGU 6
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr.Norsofiah
Tutorial (15/10/2018)
Pada tutorial isnin tersebut, Dr telah memberikan kami
latihan yang perlu disiapkan untuk dibincangkan dalam waktu tutorial yang
berkaitan dengan linguistik Bahasa Zulu. Latihan ini perlu dijalankan secara
berpasangan dan soalan sangat mencabar dimana kami perlu memerhati setiap
soalan tersebut secara terperinci sebelum menjawab soalan. Setelah
perbincangan, baru saya memahami sistem Bahasa Zulu ini. Sistem Bahasa Zulu
dengan Bahasa Malaysia mempunyai persamaan seperti kata dasar, kata akar,
morfem tunggal dan morfem jamak.
Latihan morfem Bahasa Zulu
Kuliah Selasa (16/10/2018)
Pada hari Selasa, Dr telah menerangkan kepada kami
tentang morfem derivasi. Seperti yang saya paham morfem derivasi ialah
penambahan imbuhan seperti (peN) kepada kata dasar menyebabkan perubahan kelas
kata, perubahan makna dan tidak mengubah kelas kata tetapi mengubah makna.
Sebagai contoh morfem derivasi yang mengubah golongan kata iaitu kata nama
kepada kata kerja seperti tulis apabila ditambah imbuhan pe(N) akan menjadi
penulis. Hal ini akan mengubah golongan kata bagi perkataan tulis tersebut. Seterusnya,
morfem derivasi yang mengubah makna pula iaitu kerusi sebagai tempat untuk
duduk manakala pengerusi pula ialah individu yang mengetuai sesuatu organisasi.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa perubahan makna bagi perkataan kerusi. Dr
telah menerangkan satu per satu secara terperinci tetapi kami perlu menelaah
buku tatabahasa dewan dengan lebih mendalam lagi supaya kami lebih bersedia
untuk menjawab pertanyaan daripada Dr. Selain itu, Dr juga telah membincangkan
kuiz yang diberikan sebelum memulakan kuliah pada hari Selasa tersebut dimana
kami perlu menjawab 6 soalan dan dibincangkan di dalam kelas. Bagi saya kuiz
tersebut agak mencabar pada kuiz sebelum ini dan perlu memahami setiap
permintaan soalan untuk menjawab soalan.
Morfem Derivasi
Kuliah Khamis (18/10/2018)
Pada kuliah ini Dr telah mengedarkan kami sehelai
kertas yang berkaitan dengan morfem infleksi. Morfem infleksi ialah tidak
mengubah makna dan golongan kata. Kuliah morfem infleksi ini saya sedikit kabur
tentang penerangan yang diberikan oleh Dr semasa di dalam kuliah.
Walaubagaimanapun, saya akan berusaha untuk memahami sepenuhnya berkaitan
dengan morfem infleksi ini daripada bantuan rakan-rakan sekelas dan melalui
pembacaan daripada buku Nahu Melayu Mutakhir yang ditulis oleh Asmah. Saya
berharap Dr akan menerangkan dengan lebih lanjut di dalam tutorial atau semasa
kuliah. Setelah selesai penerangan morfem infleksi Dr telah mengadakan satu kuiz
dengan menggunakan aplikasi ‘Kahoot’. Aplikasi ‘Kahoot’ ini merupakan satu
aplikasi yang sangat menarik bagi saya dimana setiap orang berpusu-pusu untuk
menjawab kerana mempunyai tempoh masa yang tertentu dalam masa yang sama perlu
memikirkan jawapan sebelum menjawab. Bagi saya kuiz seperti ini menambahkan
lagi pengetahuan saya tentang perkara yang telah dipelajari di dalam kelas.
Pada kuiz ini saya telah berjaya menjawab 6 soalan dengan betul daripada 9
soalan. Hal ini merupakan satu peningkatan bagi saya dan bermakna saya sudah
memahami serba sedikit tentang morfologi ini. Sekian, terima kasih.
Friday, 12 October 2018
REFLEKSI DIRI MINGGU 5
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr.Norsofiah
Tutorial Isnin (3-4 petang, 8/10/2018)
Pada hari isnin tutorial berjalan seperti biasa di Bilik Tutorial 1 di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Pada tutorial tersebut Dr telah membincangkan latihan morfem yang telah diberikan pada minggu lepas. Melalui latihan tersebut kami perlu mengenal pasti setiap perkataan yang diberikan sama ada kata akar, kata dasar, prefiks, sufiks, konfiks, infiks dan kategori kata. Latihan tersebut dijalankan secara berkumpulan dan membolehkan kami berbincang untuk mendapat jawapan bagi setiap perkataan tersebut. Semasa perbincangan Dr telah menggunakan aplikasi "random name picker" untuk memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan yang di tanya. Perbincangan ini membolehkan saya lebih memahami kerana Dr telah membincangkan satu per satu setiap soalan.
Latihan morfem
Kuliah Selasa (9/10/2018)
Sebelum kuliah berlangsung pada hari selasa, Dr telah memberikan kami kuiz melalui aplikasi "quizizz" yang berkaitan dengan morfem. Terdapat 10 soalan yang perlu dijawab oleh semua pelajar. Saya telah memperoleh 5/10 daripada soalan tersebut. Kuiz tersebut menguji kefahaman pelajar sama ada pelajar mengusai atau tidak berkaitan dengan morfem. Pada kuliah tersebut, Dr telah membincangkan kuiz yang telah dijawab oleh kami dan membincangkan morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas terbahagi kepada dua iaitu kelas terbuka dan kelas tertutup. Morfem kelas terbuka boleh menerima ahli baru manakala kelas tertutup tidak boleh menerima ahli baharu seperti kata bantu (yang). Morfem terikat pula terbahagi kepada dua iaitu derivasi dan infleksi. Morfem derivasi boleh mengubah kelas kata atau mengubah makna manakala morfem infleksi pula ialah sebarang penambahan morfem tidak akan mengubah makna dan kelas kata. Selain itu, Dr juga menerangkan tentang leksem, morf , alomorf dan proses pembentukan kata. Setiap penerangan yang dijelaskan oleh Dr sedikit sebanyak telah membuka minda saya untuk memahami penerangan yang telah diberikan. Semasa kuliah tersebut, Dr telah mengadakan satu aktiviti menggunakan aplikasi dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar dan pelajar perlu mencari kumpulan masing-masing mengikut nama telah diberikan. Melalui aktiviti ini pelajar dikehendaki berbincang sesama ahli untuk menjawab soalan yang diberikan dan secara tidak langsung aktiviti ini mengajar nilai kerjasama dalam menentukan jawapan berdasarkan pengetahuan yang telah dipelajari.
Markah kuiz melalui aplikasi "quizizz"
Kuliah Khamis (11/10/2018)
Kuliah berjalan seperti biasa iaitu bermula pukul 8.00 pagi yang bertempat di dewan kuliah R. Pada kuliah tersebut kami dibekalkan buku tatabahasa dewan yang telah ditempah beberapa minggu yang lalu. Dr telah memberi penerangan serba sedikit kepada kami berkaitan dengan buku tersebut. Kami telah diberi penerangan tentang morfem, morfem akar, morfem dasar, morfem derivasi dan morfem infleksi. Sebelum ini Dr telah memberi penjelasan dalam tutorial berkaitan dengan tajuk tersebut. Apabila Dr menerangkan di dalam kuliah secara tidak langsung dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang morfem, morfem akar,morfem dasar, morfem infleksi dan morfem infleksi. Untuk memahami morfem ini bukanlah benda yang mudah sebaliknya memerlukan pembacaan yang lebih banyak. Oleh itu, buku yang telah dibekalkan kepada kami merupakan gedung ilmu tentang morfologi. Saya berharap agar kuliah pada akan datang dapat menambahkan lagi ilmu tentang morfologi.
Sekian, terima kasih.

Friday, 5 October 2018
REFLEKSI DIRI MINGGU 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr.Norsofiah Binti Abu Bakar
Kuliah Selasa (2/10/2018)
Pada hari Selasa kelas bermula tepat jam 8.00 pagi dan pengajaran bermula yang bertajuk morfem. Sebelum penerangan yang lebih lanjut dihuraikan oleh Dr, kami telah diberikan dengan satu kuiz yang berkaitan tajuk yang akan dipelajari pada esok hari iaitu melalui Edpuzzle. Kami perlu menonton video dengan teliti sebelum menjawab soalan yang telah disediakan dan terdapat 4 soalan yang berkaitan dengan morfem. Kaedah yang digunakan oleh Dr ini telah membuka minda saya untuk belajar terlebih dahulu sebelum kuliah bermula. Hal ini memberi impak yang sangat mendalam kepada saya sebagai seorang pelajar dimana perlu membuat persiapan terlebih dahulu sebelum kuliah bermula dan apabila Dr menerangkan tentang morfem saya telah tahu serba sedikit tentang tajuk morfem ini. Pada kuliah tersebut Dr telah membincangkan jawapan yang tepat mengenai morfem. Saya merupakan salah seorang pelajar yang diajukan soalan oleh Dr berkaitan dengan morfem menjalankan tugas nahu dan soalan tersebut dapat dijawab walaupun penerangan tidak begitu panjang. Secara kesimpulanya, kuliah pada hari tersebut sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada saya tentang morfem.
Kuliah Khamis (4/10/2018)
Pada hari Khamis saya bersama 6 orang rakan-rakan yang mengambil subjek morfologi tiba di dewan kuliah R lewat sedikit pada waktu yang ditetapkan memandangkan hujan pada hari tersebut. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran Dr telah memberi kata-kata semangat dan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan akhlak dan abad ketika menimba ilmu. Percakapan Dr yang tegas dan mementingkan tentang adab-adab dalam menerima ilmu pengetahuan ini membuatkan saya tertarik untuk mendengar dan ingin mengikuti jejak Dr apabila saya berada di dalam dunia pekerjaan pada masa akan datang. Memandangkan masa berjalan dengan begitu pantas, Dr telah memberi penerangan kepada kami kerangka kursus Morfologi dimana kuliah pada hari tersebut Dr telah membincangkan konsep morfologi mengikut pengkaji-pengkaji seperti Bloomfield (1933), Lynos (1970) dan Asmah (2008). Saya juga telah diberi penerangan berkaitan dengan perkembangan bidang morfologi. Selain itu, Dr juga telah memaklumkan kepada kami sekelas tentang konsep-konsep utama yang akan dipelajari seperti leksem, morfem (morf, alomorf, morfem derivasi, morfem infleksi, morfem akar, morfem bebas, morfem terikat dan morfem kosong) dan perkataan(kata akar, kata dasar dan penggolongan kata). Kerangka kursus ini amat penting kerana saya kerana ini akan memberi maklumat kepada saya perkara yang dipelajari dalam morfologi. Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran Dr telah mengadakan satu kuiz dengan menggunakan Kahoot dan semua pelajar menjawab soalan tersebut dengan pantas. Pengajaran seperti ini tidak membosankan dan dalam masa yang sama kuiz tersebut menguji kefahaman yang telah dipelajari di dalam kuliah . Tidak lupa juga Dr telah memberikan latihan morfem yang akan dibincangkan pada hari tutorial.
Rangka subjek morfologi
Tutorial ganti pada hari Jumaat (5/10/2018)
Tutorial ganti berjalan seperti biasa pada pukul 11 sehingga 12 tengahari yang bertempatkan di makmal komputer c20. Pada tutorial ini Dr telah memberi penerangan tentang e-portfolio. Dr telah menunjukkan demonstrasi untuk melaksanakan e-portfolio satu persatu dan setiap pelajar perlu memiliki satu e-portfolio. Tujuan pembinaan e-portfolio ini adalah untuk menyimpan hasil-hasil kerja sepanjang saya mempelajari subjek morfologi ini di samping menyiapkan saya dengan dunia pekerjaan yang agak mencabar pada masa akan datang memandangkan begitu ramai graduan yang tidak mendapat perkerjaan. Oleh itu, ini merupakan satu alternatif yang bagus dan baik yang dibuat oleh Dr demi melihat anak-anak didiknya berjaya untuk mendapat pekerjaan. Selain itu, kursus ini bukan hanya mempelajari morfologi sahaja malah kami juga telah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat. Saya berharap dengan pelaksanaan e-portfolio ini membantu saya untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI
Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi. Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikut...