Wednesday, 19 December 2018

REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI

Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi.

Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikuti kursus ini bermula daripada minggu ke-3 sehingga minggu ke-15 banyak ilmu yang saya perolehi daripada Dr. Pada permulaan saya mengikuti kelas ini saya rasa tidak yakin kerana kebanyakan senior mengatakan bahawa subjek ini sangat susah untuk dipelajari akan tetapi kata-kata itu hanya menakutkan sahaja. Sepanjang saya mengikuti kuliah mahupun tutorial, saya begitu gembira kerana Dr Norsofiah setiap penerangan yang diberikan oleh Dr begitu jelas dan mudah untuk difahami bagi saya berbanding dengan kuliah-kuliah yang lain. Secara jujurnya saya begitu tertarik dan kagum cara proses pengajaran dan pembelajaran Dr dengan menggunakan pelbagai teknik dan  aplikasi untuk mengukuhkan ingatan setelah memberi kuliah. Penggunaan aplikasi yang menarik bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga dapat merangsang minat pelajar untuk belajar. Selain itu, Dr juga telah banyak menyelitkan tentang ilmu akhirat di dalam kelas supaya kita sentiasa mengingati Maha Pencipta walau di mana kita berada sekalipun. Dr selalu memberi nasihat dalam pelbagai aspek supaya kita dapat muhasabah diri.

Akhir kata, terima kasih Dr atas segala ilmu yang dicurahkan selama ini dan tidak jemu menjawab pertanyaan saya. Sekali lagi terima kasih Dr belanja nasi lemak untuk satu kelas. Semoga Dr dimurahkan rezeki selalu.
 Bergambar bersama Dr sebagai kenangan :)


Saturday, 15 December 2018

REFLEKSI DIRI MINGGU KE-14


Assalamualaikum Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial (10/12/2018)
Pada tutorial minggu ini Dr telah mengedarkan sehelai kertas yang berkaitan dengan fungsi kata ganda. Dr telah menerangkan bahawa kata ganda berfungsi sebagai penetap dan juga pengubah golongan kata. Perubahan kelas kata terjadi jika berlaku penggandaan seluruh kata, imbuhan dan makna. Selain itu, Dr juga telah menerangkan kepada kami tentang proses penggandaan seperti penggandaan semu, penggandaan separa dan penggandaan kata dasar. Penerangan yang diberikan oleh Dr begitu jelas kerana Dr memberi contoh bagi setiap penerangan tersebut.  Setelah itu, Dr meminta semua pelajar mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk melaksanakan “kahoot”. Bagi saya aplikasi “kahoot” ini sangat menarik dan setiap kali untuk menjawab soalan menggunakan aplikasi ini saya begitu semangat untuk menjawab. Walaupun tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul tetapi saya berpuas hati dengan soalan yang diberikan kerana setiap soalan tersebut menguji kefahaman saya.


Kuliah (11/12/2018)
Kuliah pada hari Selasa Dr telah menerangkan kata ganda berima. Kata ganda berima merupakan golongan kata yang terbentuk melalui proses pengulangan kata akar dimana pembentukan ini mengalami perubahan sama ada dalam susunan konsonan, vokal atau suku kata. Penggandaan berima yang melibatkan pengulangan konsonan seperti tindak-tanduk, pengulangan vokal seperti sayur-mayur dan pengulangan suku kata seperti bukit-bukau. Penggandaan berima ini tidak mempunyai definisi yang jelas. Oleh itu, kata ganda berima ini ditentukan oleh ciri-ciri yang tertentu untuk menunjukan bahawa kata ganda tersebut ialah kata ganda berima. Bagi saya tajuk ini agak sukar untuk memahami daripada topik yang lain. Oleh itu, topik ini memerlukan banyak pembacaan untuk memahami.  

Kuliah (13/12/2018)
Kuliah dibatalkan pada hari Khamis kerana Dr tidak dapat hadir atas sebab urusan yang tertentu. Oleh itu, Dr memberi tugasan iaitu semua pelajar mestilah merakamkam video yang berdurasi selama 3 minit berkaitan dengan alomorf menurut Asmah Haji Omar. Setelah selesai rakaman video tersebut perlu dipaparkan di youtube. Link ini  merupakan video yang barkaitan dengan alomorf  https://youtu.be/CTUze1uWJgI



Tuesday, 4 December 2018

REFLEKSI DIRI MINGGU KE-13



Tutorial (3/12/2018)
Sebelum berlangsungnya kelas tutorial, Dr telah mengarahkan kami untuk membaca makna penggandaan daripada Asmah Haji Omar dalam bukunya yang bertajuk Nahu Melayu Mutakhir. Dr telah mengagihkan kami kepada 5 kumpulan. Aktiviti pada minggu ini sangat menarik di mana setiap kumpulan perlu menghasilkan satu lukisan yang berkaitan dengan makna penggandaan tanpa sebarang perkataan. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah selama 30 minit. Dr telah meminta setiap kumpulan untuk melakarkan lukisan 5 makna penggandaan daripada 7 makna penggandaan. Oleh itu, kumpulan kami iaitu kumpulan 2 telah memilih makna penggandaan iaitu makna jamak, makna kesangatan, makna kesalingan, makna berlanjutan perbuatan dan makna enumerasi. Setelah selesai, wakil setiap kumpulan perlu membentangkan dan menerangkan hasil kerja di hadapan kelas untuk diterangkan kepada rakan-rakan yang lain. Gambar di bawah merupakan hasil lukisan bagi kumpulan kami.



Kuliah (4/12/2018)
Kuliah hari Selasa diteruskan lagi dengan mengenai penggandaan iaitu penggandaan separa. Penggandaan separa merupakan proses yang hanya melibatkan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan. Dr telah memaklumkan bahawa kita tidak mempunyai kata ganda separa yang bermula dengan huruf vokal seperti anai-anai. Terdapat juga kata dasar yang bermula dengan konsonan dengan suku kata tidak dibenarkan mengalami proses penggandaan separa. Dr telah menerangkan dengan panjang lebar tentang bagaimana kata ganda separa terbentuk. Oleh itu, kata ganda separa terbentuk disebabkan konsep penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. Dr telah meminta setiap individu mengeluarkan sehelai kertas untuk menjalankan kuiz iaitu apakah contoh kata akar satu suku kata dan mengapa kata dasar yang bermula dengan vokal tidak boleh diganda separa bagi perkataan anai-anai. Masa yang diperuntukkan sangat terhad. Oleh itu, setiap individu perlu menjawab dengan menggunakan pemahaman yang telah diajar oleh Dr.



Kuliah (5/12/2018)

Dr telah meminta setiap pelajar membaca makna penggandaan bagi kata kerja, kata nama dan kata adjektif untuk melaksanakan kuiz pada hari Khamis. Masa yang diperuntukan adalah selama 16 minit bagi 8 soalan. Setelah selesai menjawab kuiz, Dr telah membincangkan jawapan bagi setiap soalan tersebut dan saya dapat menjawab 3 jawapan yang betul daripada 8 soalan. Bagi saya soalan ini memerlukan pemahaman yang mendalam bagi setiap ayat yang diberikan untuk menjawab soalan dengan baik. Walaubagaimanapun, kegagalan untuk menjawab soalan ini bukanlah satu penghalang kepada saya untuk terus berusaha pada masa akan datang.   



REFLEKSI DIRI MINGGU KE-12


Assalamualaikum Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial (26/11/2018)
Pada minggu yang ke-12 ini tutorial dibatalkan tetapi kami telah diberikan satu tugasan secara individu iaitu kami perlu merakam satu video dengan menggunakan aplikasi “Flipgrid” yang berkaitan dengan penggolongan kata. Kami perlu memilih salah satu sahaja untuk menerangkan tentang penggolongan kata sama ada dari kriteria semantik, sintaksis dan morfologi. Oleh itu, saya telah memilih kriteria morfologi untuk membuat penerangan tentang penggolongan kata yang ditulis oleh Abdullah Hassan. Masa yang diperuntukkan paling maksimum adalah selama 5 minit untuk menerangkan tentang penggolongan kata.



Kuliah (27/11/2018)
Kuliah pada hari Selasa berjalan seperti biasa dan Dr memaklumkan kepada kami semua bahawa ingin melaksanakan kuiz dengan menggunakan aplikasi “Kahoot”. Kuiz dilaksanakan agak lambat kerana terdapat beberapa kekangan iaitu USM secure mengalami sedikit masalah dan terdapat beberapa orang pelajar ingin berkempen kerana pada minggu tersebut merupakan minggu pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Setelah melaksanakan kuiz saya berasa kecewa kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan hanya dapat menjawab 1 soalan sahaja yang betul. Tetapi saya tidak berputus asa kerana ini merupakan satu pengajaran kepada saya untuk terus berusaha.



Kuliah (29/11/2018)
Pada hari Khamis Dr telah memasuki tajuk baharu iaitu penggandaan. Dr telah mengedarkan kepada kami tentang rangka kuliah mengenai penggandaan. Penerangan yang diberikan oleh Dr begitu jelas sekali dan cara proses pengajaran dan pembelajaran membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar. Penggandaan merupakan satu proses yang membentuk kata baharu yang akan mengubah makna dan kelas kata. Penggandaan melibatkan penggandaan seluruh kata, penggandaan kata dasar dan penggandaan separa. Setelah selesai kuliah, Dr telah memberikan satu tugasan kepada kami iaitu mengenalpasti pembentukan perkataan sesuka menggunakan dengan menggunakan template kata ganda iaitu pola KV. Latihan ini perlu dihantar pada minggu hadapan di bilik Dr. Terima kasih kerana tidak jemu mencurah segala ilmu kepada kami.  




Thursday, 22 November 2018

REFLEKSI DIRI MINGGU KE-11

Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan

Tutorial (20/11/2018)
Tutorial berjalan seperti biasa tetapi tempatnya agak istimewa daripada yang biasanya iaitu dilaksanakan di perpustakaan Hamzah Sendut 1. Dr telah memberikan kepada kami semua sehelai kertas untuk menjawab kuiz secara berpasangan. Kuiz yang diberikan adalah berkaitan dengan membina ayat berdasarkan imbuhan kata kerja. Kami perlu mencari majalah iaitu Dewan Bahasa dan Dewan Rakyat untuk mencari ayat yang berkaitan dengan imbuhan kata kerja tersebut. Masa yang diperuntukkan selama 1 jam. Walaupun, masa berjalan begitu pantas akhirnya kami dapat menyiapkan setiap soalan yang diminta. Sebelum melaksanakan kuiz yang sebenar Dr telah meminta kami semua untuk membuat pra kuiz yang diberikan sebelum hari isnin. Tujuan pra kuiz dilaksanakan adalah untuk membolehkan kami dapat menunjukkan kefahaman tentang maksud empat imbuhan bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan, sisipan, akhiran serta apitan dan dapat mempamerkan keupayaan untuk membina ayat berdasarkan maksud imbuhan tersebut. Secara jujurnya, dengan adanya kuiz seperti ini banyak membantu saya memahami maksud setiap imbuhan kata kerja melalui pembacaan saya dari buku Tatabahasa Dewan. Selesai menjawab kuiz semua pelajar diminta untuk bergambar bersama Dr sebagai bukti kehadiran ke tutorial.



Kuliah (22/11/2018)

Pada kuliah ini Dr telah mengedarkan rangka pengajaran yang bertajuk pengenalpastian kelas kata. Pengenalpastian sesuatu kelas kata boleh dilihat dari segi kriteria morfologi dan sintaksis. Walaubagiamanapun, setiap kriteria tersebut mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Kelas kata leksikal terdiri dari kata nama dan kata kerja manakala kata bukan leksikal pula terdiri dari kata bilangan, kata bantu, kata determiner dan sebagainya. Ciri hakiki bagi kata nama melalui penentuan, keserasian, bilangan, kepunyaan dan penjodoh bilangan dan ciri hakiki bagi kata kerja adalah konsep waktu iaitu telah, sedang, masih, tengah dan akan dan boleh diungkapkan oleh kata bantu manakala konsep suasana pula diungkapkan oleh kata modalitas . Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa kata leksikal haruslah digandingkan dengan kata bukan leksikal untuk menjadikan sesuatu ayat itu bermakna. Sebagai contoh bagi kata kerja, mereka sedang berlari di taman. Selain itu, argument merujuk unsur atau elemen yang wajib hadir dalam sesuatu ayat dan diperlukan oleh kata kerja. Kata kerja tak transitif memerlukan 1 argumen, kata kerja ekatransitif memerlukan 2 argumen dan kata kerja dwitransitif memerlukan 3 argumen. Kata adjektif berasosiasi dengan kata penguat seperti darjah kesangatan, kepalingan dan keagungan. Kata penguat ini tidak membawa sebarang makna tetapi membawa darjah kesangatan, kepalingan dan keagungan sahaja. Kata preposisi juga berasosiasi dengan kata nama dan kata adverb juga berfungsi sebagai adjung. Sebagai contoh, sekarang adik boleh tidur. Jadi jika perkataan sekarang digugurkan atau dikekalkan ayat tersebut tetap menjadi gramatis. Selepas kuliah, Dr hendak melaksanakan kuiz akan tetapi terdapat kekangan yang tidak mengizinkan kami semua untuk menjawab kuiz. Terima kasih Dr telah memberi penerangan dengan panjang lebar kepada kami semua.









Monday, 19 November 2018

REFLEKSI MINGGU KE-10


Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan

Hari khamis merupakan hari terakhir sebelum bermulanya cuti pertengahan semester. Dr telah memberi tugasan kepada kami untuk mencipta infografik yang berkaitan dengan kategori kata bahasa Melayu. Walaupun tugasan ini dilaksanakan pada waktu cuti ia tidak menjadi penghalang kepada kami untuk menyiapkan infografik tersebut dan dilaksanakan secara berpasangan.


Tutorial (12/11/2018)
Sebelum kelas tutorial dijalankan Dr telah meminta kami semua untuk membaca Rencana Linguistik Bab 4 Morfologi. Pada hari isnin waktu tutorial Dr telah mengedarkan kertas soalan yang perlu dijawab secara berpasangan. Kami dibernarkan menggunakan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit. Selepas itu, Dr membincangkan jawapan bersama yang telah dijawab. Walaupun soalan begitu mencabar tetapi kami dapat melaksanakan dengan masa yang cukup. Soalan yang diberikan berkaitan memecahkan perkataan yang diberi kepada kategori yang tertentu yang terkandung dalam jadual tersebut.



Kuliah Selasa (13/11/2018)
Pada kuliah ini Dr telah menerangkan bagaimana untuk menyatakan bahawa sesuatu kata itu mempunyai kelas kata yang berbeza. Kelas kata ini ditentukan secara semantik, morfologi dan sintaksis. Walaubagaimanapun, mengenal pasti kelas kata melalui semantik sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, kaedah yang paling baik untuk menentukan kelas kata sesuatu kata adalah melalui kriteria morfologi dan sintaksis. Oleh itu, setiap kelas kata leksikal perlu berganding dengan kategori leksikal untuk membawa makna. Sebagai contoh, pemuda itu, jadi pemuda terdiri daripada kelas kata leksikal (kata nama) manakala itu terdiri daripada kategori bukan leksikal. Hal ini jelaslah, menunjukkan bahawa kategori leksikal perlu digandingkan dengan kategori bukan leksikal untuk mendukung makna.




Kuliah Khamis (15/11/2018)
Kuliah pada hari Khamis memberi sedikit kelainan kepada saya berbanding dengan kuliah sebelum ini kerana kami diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Gemuruh yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Lagu ini bukan sekali sahaja dimainkan tetapi beberapa kali kerana selepas bernyanyi kami diberikan tugasan iaitu mengkategorikan perkataan yang terkandung dalam lagu tersebut dengan mengikut kelas kata dan memberi bukti-bukti dari segi morfologi dan sintaksis. Masa yang diberikan tidak begitu lama kerana kami perlu menulis di dalam padlet yang telah diminta oleh Dr  dan perlu diletakkan dalam Facebook HMT 223 MORFOLOGI. Kumpulan saya tidak dapat mengkategorikan semua perkataan dalam lirik lagu kerana setiap perkataan mengambil masa yang begitu lama untuk memikirkan jawapan. Oleh itu, saya tidak akan berputus asa walaupun tidak dapat menjawab semua tugasan yang diminta tetapi saya akan belajar lagi untuk memahami setiap kelas kata.

Semua pelajar berdiri menyanyikan lagu Gemuruh


Sekian, terima kasih. 








Saturday, 3 November 2018

REFLEKSI MINGGU KE-8


Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan sekalian.

Pada minggu ke-8 ini kuliah berjalan seperti biasa dan proses pengajaran dan pembelajaran bermula yang berkaitan dengan morfem. Sebelum bermulanya kuliah, Dr telah mengarahkan semua pelajar untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan morfem derivasi dan infleksi dengan menggunakan aplikasi ‘ed.ted.com’. Semasa di dalam kuliah Dr telah mengadakan kuiz dengan menggunakan aplikasi ‘Kahoot’ untuk menguji kefahaman setiap pelajar yang berkaitan dengan morfem yang telah dipelajari selama ini. Bagi saya aplikasi ini dapat membantu kefahaman saya berkaitan dengan soalan yang telah diberikan oleh Dr. Penerangan Dr yang begitu semangat telah membuatkan saya lebih semangat untuk belajar morfologi ini.

Pada kuliah seterusnya iaitu hari Khamis, Dr telah mengarahkan kami untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kategori leksikal dan bukan leksikal melalui aplikasi ‘mentimeter’. Tujuannya ialah pelajar bersedia dan mempersiapkan ilmu untuk mempelajari tajuk yang akan diterangkan di dalam kelas. Semasa di dalam kelas Dr telah mengagihkan nota yang berkaitan dengan kategori leksikal dan bukan leksikal sebagai rujukan kepada kami. Selain itu, Dr juga tidak jemu untuk menjawab persoalan kami berkaitan dengan soalan yang tidak difahami. Sejujurnya, saya begitu tertarik dan bersemangat apabila kelas morfologi ini kerana Dr telah menggunakan pelbagai pendekatan dan aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Sekian, terima kasih.

REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI

Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi. Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikut...