Saturday, 15 December 2018

REFLEKSI DIRI MINGGU KE-14


Assalamualaikum Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial (10/12/2018)
Pada tutorial minggu ini Dr telah mengedarkan sehelai kertas yang berkaitan dengan fungsi kata ganda. Dr telah menerangkan bahawa kata ganda berfungsi sebagai penetap dan juga pengubah golongan kata. Perubahan kelas kata terjadi jika berlaku penggandaan seluruh kata, imbuhan dan makna. Selain itu, Dr juga telah menerangkan kepada kami tentang proses penggandaan seperti penggandaan semu, penggandaan separa dan penggandaan kata dasar. Penerangan yang diberikan oleh Dr begitu jelas kerana Dr memberi contoh bagi setiap penerangan tersebut.  Setelah itu, Dr meminta semua pelajar mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk melaksanakan “kahoot”. Bagi saya aplikasi “kahoot” ini sangat menarik dan setiap kali untuk menjawab soalan menggunakan aplikasi ini saya begitu semangat untuk menjawab. Walaupun tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul tetapi saya berpuas hati dengan soalan yang diberikan kerana setiap soalan tersebut menguji kefahaman saya.


Kuliah (11/12/2018)
Kuliah pada hari Selasa Dr telah menerangkan kata ganda berima. Kata ganda berima merupakan golongan kata yang terbentuk melalui proses pengulangan kata akar dimana pembentukan ini mengalami perubahan sama ada dalam susunan konsonan, vokal atau suku kata. Penggandaan berima yang melibatkan pengulangan konsonan seperti tindak-tanduk, pengulangan vokal seperti sayur-mayur dan pengulangan suku kata seperti bukit-bukau. Penggandaan berima ini tidak mempunyai definisi yang jelas. Oleh itu, kata ganda berima ini ditentukan oleh ciri-ciri yang tertentu untuk menunjukan bahawa kata ganda tersebut ialah kata ganda berima. Bagi saya tajuk ini agak sukar untuk memahami daripada topik yang lain. Oleh itu, topik ini memerlukan banyak pembacaan untuk memahami.  

Kuliah (13/12/2018)
Kuliah dibatalkan pada hari Khamis kerana Dr tidak dapat hadir atas sebab urusan yang tertentu. Oleh itu, Dr memberi tugasan iaitu semua pelajar mestilah merakamkam video yang berdurasi selama 3 minit berkaitan dengan alomorf menurut Asmah Haji Omar. Setelah selesai rakaman video tersebut perlu dipaparkan di youtube. Link ini  merupakan video yang barkaitan dengan alomorf  https://youtu.be/CTUze1uWJgI



No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI

Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi. Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikut...