Wednesday, 19 December 2018

REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI

Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi.

Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikuti kursus ini bermula daripada minggu ke-3 sehingga minggu ke-15 banyak ilmu yang saya perolehi daripada Dr. Pada permulaan saya mengikuti kelas ini saya rasa tidak yakin kerana kebanyakan senior mengatakan bahawa subjek ini sangat susah untuk dipelajari akan tetapi kata-kata itu hanya menakutkan sahaja. Sepanjang saya mengikuti kuliah mahupun tutorial, saya begitu gembira kerana Dr Norsofiah setiap penerangan yang diberikan oleh Dr begitu jelas dan mudah untuk difahami bagi saya berbanding dengan kuliah-kuliah yang lain. Secara jujurnya saya begitu tertarik dan kagum cara proses pengajaran dan pembelajaran Dr dengan menggunakan pelbagai teknik dan  aplikasi untuk mengukuhkan ingatan setelah memberi kuliah. Penggunaan aplikasi yang menarik bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga dapat merangsang minat pelajar untuk belajar. Selain itu, Dr juga telah banyak menyelitkan tentang ilmu akhirat di dalam kelas supaya kita sentiasa mengingati Maha Pencipta walau di mana kita berada sekalipun. Dr selalu memberi nasihat dalam pelbagai aspek supaya kita dapat muhasabah diri.

Akhir kata, terima kasih Dr atas segala ilmu yang dicurahkan selama ini dan tidak jemu menjawab pertanyaan saya. Sekali lagi terima kasih Dr belanja nasi lemak untuk satu kelas. Semoga Dr dimurahkan rezeki selalu.
 Bergambar bersama Dr sebagai kenangan :)


Saturday, 15 December 2018

REFLEKSI DIRI MINGGU KE-14


Assalamualaikum Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial (10/12/2018)
Pada tutorial minggu ini Dr telah mengedarkan sehelai kertas yang berkaitan dengan fungsi kata ganda. Dr telah menerangkan bahawa kata ganda berfungsi sebagai penetap dan juga pengubah golongan kata. Perubahan kelas kata terjadi jika berlaku penggandaan seluruh kata, imbuhan dan makna. Selain itu, Dr juga telah menerangkan kepada kami tentang proses penggandaan seperti penggandaan semu, penggandaan separa dan penggandaan kata dasar. Penerangan yang diberikan oleh Dr begitu jelas kerana Dr memberi contoh bagi setiap penerangan tersebut.  Setelah itu, Dr meminta semua pelajar mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk melaksanakan “kahoot”. Bagi saya aplikasi “kahoot” ini sangat menarik dan setiap kali untuk menjawab soalan menggunakan aplikasi ini saya begitu semangat untuk menjawab. Walaupun tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul tetapi saya berpuas hati dengan soalan yang diberikan kerana setiap soalan tersebut menguji kefahaman saya.


Kuliah (11/12/2018)
Kuliah pada hari Selasa Dr telah menerangkan kata ganda berima. Kata ganda berima merupakan golongan kata yang terbentuk melalui proses pengulangan kata akar dimana pembentukan ini mengalami perubahan sama ada dalam susunan konsonan, vokal atau suku kata. Penggandaan berima yang melibatkan pengulangan konsonan seperti tindak-tanduk, pengulangan vokal seperti sayur-mayur dan pengulangan suku kata seperti bukit-bukau. Penggandaan berima ini tidak mempunyai definisi yang jelas. Oleh itu, kata ganda berima ini ditentukan oleh ciri-ciri yang tertentu untuk menunjukan bahawa kata ganda tersebut ialah kata ganda berima. Bagi saya tajuk ini agak sukar untuk memahami daripada topik yang lain. Oleh itu, topik ini memerlukan banyak pembacaan untuk memahami.  

Kuliah (13/12/2018)
Kuliah dibatalkan pada hari Khamis kerana Dr tidak dapat hadir atas sebab urusan yang tertentu. Oleh itu, Dr memberi tugasan iaitu semua pelajar mestilah merakamkam video yang berdurasi selama 3 minit berkaitan dengan alomorf menurut Asmah Haji Omar. Setelah selesai rakaman video tersebut perlu dipaparkan di youtube. Link ini  merupakan video yang barkaitan dengan alomorf  https://youtu.be/CTUze1uWJgI



Tuesday, 4 December 2018

REFLEKSI DIRI MINGGU KE-13



Tutorial (3/12/2018)
Sebelum berlangsungnya kelas tutorial, Dr telah mengarahkan kami untuk membaca makna penggandaan daripada Asmah Haji Omar dalam bukunya yang bertajuk Nahu Melayu Mutakhir. Dr telah mengagihkan kami kepada 5 kumpulan. Aktiviti pada minggu ini sangat menarik di mana setiap kumpulan perlu menghasilkan satu lukisan yang berkaitan dengan makna penggandaan tanpa sebarang perkataan. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah selama 30 minit. Dr telah meminta setiap kumpulan untuk melakarkan lukisan 5 makna penggandaan daripada 7 makna penggandaan. Oleh itu, kumpulan kami iaitu kumpulan 2 telah memilih makna penggandaan iaitu makna jamak, makna kesangatan, makna kesalingan, makna berlanjutan perbuatan dan makna enumerasi. Setelah selesai, wakil setiap kumpulan perlu membentangkan dan menerangkan hasil kerja di hadapan kelas untuk diterangkan kepada rakan-rakan yang lain. Gambar di bawah merupakan hasil lukisan bagi kumpulan kami.



Kuliah (4/12/2018)
Kuliah hari Selasa diteruskan lagi dengan mengenai penggandaan iaitu penggandaan separa. Penggandaan separa merupakan proses yang hanya melibatkan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan. Dr telah memaklumkan bahawa kita tidak mempunyai kata ganda separa yang bermula dengan huruf vokal seperti anai-anai. Terdapat juga kata dasar yang bermula dengan konsonan dengan suku kata tidak dibenarkan mengalami proses penggandaan separa. Dr telah menerangkan dengan panjang lebar tentang bagaimana kata ganda separa terbentuk. Oleh itu, kata ganda separa terbentuk disebabkan konsep penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. Dr telah meminta setiap individu mengeluarkan sehelai kertas untuk menjalankan kuiz iaitu apakah contoh kata akar satu suku kata dan mengapa kata dasar yang bermula dengan vokal tidak boleh diganda separa bagi perkataan anai-anai. Masa yang diperuntukkan sangat terhad. Oleh itu, setiap individu perlu menjawab dengan menggunakan pemahaman yang telah diajar oleh Dr.



Kuliah (5/12/2018)

Dr telah meminta setiap pelajar membaca makna penggandaan bagi kata kerja, kata nama dan kata adjektif untuk melaksanakan kuiz pada hari Khamis. Masa yang diperuntukan adalah selama 16 minit bagi 8 soalan. Setelah selesai menjawab kuiz, Dr telah membincangkan jawapan bagi setiap soalan tersebut dan saya dapat menjawab 3 jawapan yang betul daripada 8 soalan. Bagi saya soalan ini memerlukan pemahaman yang mendalam bagi setiap ayat yang diberikan untuk menjawab soalan dengan baik. Walaubagaimanapun, kegagalan untuk menjawab soalan ini bukanlah satu penghalang kepada saya untuk terus berusaha pada masa akan datang.   



REFLEKSI DIRI MINGGU KE-12


Assalamualaikum Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial (26/11/2018)
Pada minggu yang ke-12 ini tutorial dibatalkan tetapi kami telah diberikan satu tugasan secara individu iaitu kami perlu merakam satu video dengan menggunakan aplikasi “Flipgrid” yang berkaitan dengan penggolongan kata. Kami perlu memilih salah satu sahaja untuk menerangkan tentang penggolongan kata sama ada dari kriteria semantik, sintaksis dan morfologi. Oleh itu, saya telah memilih kriteria morfologi untuk membuat penerangan tentang penggolongan kata yang ditulis oleh Abdullah Hassan. Masa yang diperuntukkan paling maksimum adalah selama 5 minit untuk menerangkan tentang penggolongan kata.



Kuliah (27/11/2018)
Kuliah pada hari Selasa berjalan seperti biasa dan Dr memaklumkan kepada kami semua bahawa ingin melaksanakan kuiz dengan menggunakan aplikasi “Kahoot”. Kuiz dilaksanakan agak lambat kerana terdapat beberapa kekangan iaitu USM secure mengalami sedikit masalah dan terdapat beberapa orang pelajar ingin berkempen kerana pada minggu tersebut merupakan minggu pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Setelah melaksanakan kuiz saya berasa kecewa kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan hanya dapat menjawab 1 soalan sahaja yang betul. Tetapi saya tidak berputus asa kerana ini merupakan satu pengajaran kepada saya untuk terus berusaha.



Kuliah (29/11/2018)
Pada hari Khamis Dr telah memasuki tajuk baharu iaitu penggandaan. Dr telah mengedarkan kepada kami tentang rangka kuliah mengenai penggandaan. Penerangan yang diberikan oleh Dr begitu jelas sekali dan cara proses pengajaran dan pembelajaran membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar. Penggandaan merupakan satu proses yang membentuk kata baharu yang akan mengubah makna dan kelas kata. Penggandaan melibatkan penggandaan seluruh kata, penggandaan kata dasar dan penggandaan separa. Setelah selesai kuliah, Dr telah memberikan satu tugasan kepada kami iaitu mengenalpasti pembentukan perkataan sesuka menggunakan dengan menggunakan template kata ganda iaitu pola KV. Latihan ini perlu dihantar pada minggu hadapan di bilik Dr. Terima kasih kerana tidak jemu mencurah segala ilmu kepada kami.  




REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI

Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi. Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikut...