Assalamualaikum Dr Norsofiah
dan rakan-rakan sekalian.
Tutorial (26/11/2018)
Pada minggu yang ke-12
ini tutorial dibatalkan tetapi kami telah diberikan satu tugasan secara individu
iaitu kami perlu merakam satu video dengan menggunakan aplikasi “Flipgrid” yang
berkaitan dengan penggolongan kata. Kami perlu memilih salah satu sahaja untuk
menerangkan tentang penggolongan kata sama ada dari kriteria semantik,
sintaksis dan morfologi. Oleh itu, saya telah memilih kriteria morfologi untuk
membuat penerangan tentang penggolongan kata yang ditulis oleh Abdullah Hassan.
Masa yang diperuntukkan paling maksimum adalah selama 5 minit untuk menerangkan
tentang penggolongan kata.
Kuliah (27/11/2018)
Kuliah pada hari Selasa
berjalan seperti biasa dan Dr memaklumkan kepada kami semua bahawa ingin
melaksanakan kuiz dengan menggunakan aplikasi “Kahoot”. Kuiz dilaksanakan agak
lambat kerana terdapat beberapa kekangan iaitu USM secure mengalami sedikit
masalah dan terdapat beberapa orang pelajar ingin berkempen kerana pada minggu
tersebut merupakan minggu pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Setelah
melaksanakan kuiz saya berasa kecewa kerana tidak dapat menjawab soalan dengan
baik dan hanya dapat menjawab 1 soalan sahaja yang betul. Tetapi saya tidak
berputus asa kerana ini merupakan satu pengajaran kepada saya untuk terus
berusaha.
Kuliah (29/11/2018)
Pada hari Khamis Dr telah
memasuki tajuk baharu iaitu penggandaan. Dr telah mengedarkan kepada kami
tentang rangka kuliah mengenai penggandaan. Penerangan yang diberikan oleh Dr
begitu jelas sekali dan cara proses pengajaran dan pembelajaran membuatkan saya
lebih bersemangat untuk belajar. Penggandaan merupakan satu proses yang
membentuk kata baharu yang akan mengubah makna dan kelas kata. Penggandaan
melibatkan penggandaan seluruh kata, penggandaan kata dasar dan penggandaan
separa. Setelah selesai kuliah, Dr telah memberikan satu tugasan kepada kami
iaitu mengenalpasti pembentukan perkataan sesuka menggunakan dengan menggunakan
template kata ganda iaitu pola KV. Latihan ini perlu dihantar pada minggu
hadapan di bilik Dr. Terima kasih kerana tidak jemu mencurah segala ilmu kepada
kami.


No comments:
Post a Comment