Tutorial
(3/12/2018)
Sebelum berlangsungnya
kelas tutorial, Dr telah mengarahkan kami untuk membaca makna penggandaan
daripada Asmah Haji Omar dalam bukunya yang bertajuk Nahu Melayu Mutakhir. Dr telah
mengagihkan kami kepada 5 kumpulan. Aktiviti pada minggu ini sangat menarik di
mana setiap kumpulan perlu menghasilkan satu lukisan yang berkaitan dengan
makna penggandaan tanpa sebarang perkataan. Masa yang diperuntukkan untuk
setiap kumpulan adalah selama 30 minit. Dr telah meminta setiap kumpulan untuk
melakarkan lukisan 5 makna penggandaan daripada 7 makna penggandaan. Oleh itu,
kumpulan kami iaitu kumpulan 2 telah memilih makna penggandaan iaitu makna
jamak, makna kesangatan, makna kesalingan, makna berlanjutan perbuatan dan
makna enumerasi. Setelah selesai, wakil setiap kumpulan perlu membentangkan dan
menerangkan hasil kerja di hadapan kelas untuk diterangkan kepada rakan-rakan
yang lain. Gambar di bawah merupakan hasil lukisan bagi kumpulan kami.
Kuliah
(4/12/2018)
Kuliah hari Selasa
diteruskan lagi dengan mengenai penggandaan iaitu penggandaan separa.
Penggandaan separa merupakan proses yang hanya melibatkan kata dasar yang
bermula dengan bunyi konsonan. Dr telah memaklumkan bahawa kita tidak mempunyai
kata ganda separa yang bermula dengan huruf vokal seperti anai-anai. Terdapat
juga kata dasar yang bermula dengan konsonan dengan suku kata tidak dibenarkan
mengalami proses penggandaan separa. Dr telah menerangkan dengan panjang lebar
tentang bagaimana kata ganda separa terbentuk. Oleh itu, kata ganda separa
terbentuk disebabkan konsep penyisipan schwa dan pemanjangan vokal. Dr telah
meminta setiap individu mengeluarkan sehelai kertas untuk menjalankan kuiz
iaitu apakah contoh kata akar satu suku kata dan mengapa kata dasar yang
bermula dengan vokal tidak boleh diganda separa bagi perkataan anai-anai. Masa
yang diperuntukkan sangat terhad. Oleh itu, setiap individu perlu menjawab dengan
menggunakan pemahaman yang telah diajar oleh Dr.
Kuliah
(5/12/2018)
Dr telah meminta setiap
pelajar membaca makna penggandaan bagi kata kerja, kata nama dan kata adjektif
untuk melaksanakan kuiz pada hari Khamis. Masa yang diperuntukan adalah selama
16 minit bagi 8 soalan. Setelah selesai menjawab kuiz, Dr telah membincangkan
jawapan bagi setiap soalan tersebut dan saya dapat menjawab 3 jawapan yang betul daripada 8 soalan. Bagi saya soalan ini memerlukan pemahaman yang mendalam bagi setiap ayat yang diberikan untuk menjawab soalan dengan baik. Walaubagaimanapun, kegagalan untuk menjawab soalan ini bukanlah satu penghalang kepada saya untuk terus berusaha pada masa akan datang.



No comments:
Post a Comment