Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan
Hari khamis merupakan hari terakhir sebelum bermulanya
cuti pertengahan semester. Dr telah memberi tugasan kepada kami untuk mencipta
infografik yang berkaitan dengan kategori kata bahasa Melayu. Walaupun tugasan
ini dilaksanakan pada waktu cuti ia tidak menjadi penghalang kepada kami untuk
menyiapkan infografik tersebut dan dilaksanakan secara berpasangan.
Tutorial (12/11/2018)
Sebelum kelas tutorial dijalankan Dr telah meminta
kami semua untuk membaca Rencana Linguistik Bab 4 Morfologi. Pada hari isnin
waktu tutorial Dr telah mengedarkan kertas soalan yang perlu dijawab secara
berpasangan. Kami dibernarkan menggunakan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka
sebagai rujukan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit. Selepas itu,
Dr membincangkan jawapan bersama yang telah dijawab. Walaupun soalan begitu
mencabar tetapi kami dapat melaksanakan dengan masa yang cukup. Soalan yang
diberikan berkaitan memecahkan perkataan yang diberi kepada kategori yang
tertentu yang terkandung dalam jadual tersebut.
Kuliah Selasa (13/11/2018)
Pada kuliah ini Dr telah menerangkan bagaimana untuk
menyatakan bahawa sesuatu kata itu mempunyai kelas kata yang berbeza. Kelas
kata ini ditentukan secara semantik, morfologi dan sintaksis. Walaubagaimanapun,
mengenal pasti kelas kata melalui semantik sahaja tidak mencukupi. Oleh itu,
kaedah yang paling baik untuk menentukan kelas kata sesuatu kata adalah melalui
kriteria morfologi dan sintaksis. Oleh itu, setiap kelas kata leksikal perlu
berganding dengan kategori leksikal untuk membawa makna. Sebagai contoh, pemuda
itu, jadi pemuda terdiri daripada kelas kata leksikal (kata nama) manakala itu
terdiri daripada kategori bukan leksikal. Hal ini jelaslah, menunjukkan bahawa
kategori leksikal perlu digandingkan dengan kategori bukan leksikal untuk
mendukung makna.
Kuliah Khamis (15/11/2018)
Kuliah pada hari Khamis memberi sedikit kelainan
kepada saya berbanding dengan kuliah sebelum ini kerana kami diminta berdiri
untuk menyanyikan lagu Gemuruh yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Lagu ini
bukan sekali sahaja dimainkan tetapi beberapa kali kerana selepas bernyanyi
kami diberikan tugasan iaitu mengkategorikan perkataan yang terkandung dalam
lagu tersebut dengan mengikut kelas kata dan memberi bukti-bukti dari segi
morfologi dan sintaksis. Masa yang diberikan tidak begitu lama kerana kami
perlu menulis di dalam padlet yang telah diminta oleh Dr dan perlu diletakkan dalam Facebook HMT 223
MORFOLOGI. Kumpulan saya tidak dapat mengkategorikan semua perkataan dalam
lirik lagu kerana setiap perkataan mengambil masa yang begitu lama untuk
memikirkan jawapan. Oleh itu, saya tidak akan berputus asa walaupun tidak dapat
menjawab semua tugasan yang diminta tetapi saya akan belajar lagi untuk
memahami setiap kelas kata.
![]() |
| Semua pelajar berdiri menyanyikan lagu Gemuruh |
Sekian, terima kasih.





No comments:
Post a Comment