Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan sekalian.
Pada minggu ke-8 ini kuliah berjalan seperti biasa dan
proses pengajaran dan pembelajaran bermula yang berkaitan dengan morfem.
Sebelum bermulanya kuliah, Dr telah mengarahkan semua pelajar untuk menjawab soalan
yang berkaitan dengan morfem derivasi dan infleksi dengan menggunakan aplikasi
‘ed.ted.com’. Semasa di dalam kuliah Dr telah mengadakan kuiz dengan
menggunakan aplikasi ‘Kahoot’ untuk menguji kefahaman setiap pelajar yang
berkaitan dengan morfem yang telah dipelajari selama ini. Bagi saya aplikasi
ini dapat membantu kefahaman saya berkaitan dengan soalan yang telah diberikan
oleh Dr. Penerangan Dr yang begitu semangat telah membuatkan saya lebih
semangat untuk belajar morfologi ini.
Pada kuliah seterusnya iaitu hari Khamis, Dr telah mengarahkan kami
untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kategori leksikal dan bukan
leksikal melalui aplikasi ‘mentimeter’. Tujuannya ialah pelajar bersedia dan
mempersiapkan ilmu untuk mempelajari tajuk yang akan diterangkan di dalam kelas.
Semasa di dalam kelas Dr telah mengagihkan nota yang berkaitan dengan kategori
leksikal dan bukan leksikal sebagai rujukan kepada kami. Selain itu, Dr juga
tidak jemu untuk menjawab persoalan kami berkaitan dengan soalan yang tidak
difahami. Sejujurnya, saya begitu tertarik dan bersemangat apabila kelas
morfologi ini kerana Dr telah menggunakan pelbagai pendekatan dan aplikasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment