Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan
Pada minggu ini saya berasa gembira kerana kelas dan tutorial dibatalkan kerana Universiti Sains Malaysia telah mengadakan konvokesyen kali yang ke-56. Walaubagaimanapun, tugasan tetap berjalan seperti biasa. Tugasan yang pertama kami telah diberikan kumpulan oleh Dr yang terdiri daripada 4 orang ahli mengikut warna yang sama untuk melaksanakan video dengan menggunakan aplikasi "powtoon" yang bertajuk morfem menurut Katamba dan Booij. Kami memulakan perbincangan pada pukul 2 petang sehingga 7 malam untuk menyiapkan satu video. Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi kami kerana setiap ahli kumpulan kami tidak pernah menggunakan aplikasi "powtoon" sebelum ini. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang. Akhirnya kumpulan kami berjaya menyiapkan tugasan ini.
Tugasan yang kedua pula kami diberikan arahan untuk bergambar di sekitar kawasan Dewan Tunku Syed Putra dengan ahli kumpulan mengikut kreativiti masing-masing. Pada hari tersebut, hujan rintik-rintik dan kesesakan lalu lintas tapi kami gagahi jua demi tugasan. Alhamdulillah, walaupun terdapat beberapa halangan akhirnya kami dapat juga bergambar disitu bersama ahli kumpulan.

No comments:
Post a Comment