Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr.Norsofiah
Tutorial (15/10/2018)
Pada tutorial isnin tersebut, Dr telah memberikan kami
latihan yang perlu disiapkan untuk dibincangkan dalam waktu tutorial yang
berkaitan dengan linguistik Bahasa Zulu. Latihan ini perlu dijalankan secara
berpasangan dan soalan sangat mencabar dimana kami perlu memerhati setiap
soalan tersebut secara terperinci sebelum menjawab soalan. Setelah
perbincangan, baru saya memahami sistem Bahasa Zulu ini. Sistem Bahasa Zulu
dengan Bahasa Malaysia mempunyai persamaan seperti kata dasar, kata akar,
morfem tunggal dan morfem jamak.
Latihan morfem Bahasa Zulu
Kuliah Selasa (16/10/2018)
Pada hari Selasa, Dr telah menerangkan kepada kami
tentang morfem derivasi. Seperti yang saya paham morfem derivasi ialah
penambahan imbuhan seperti (peN) kepada kata dasar menyebabkan perubahan kelas
kata, perubahan makna dan tidak mengubah kelas kata tetapi mengubah makna.
Sebagai contoh morfem derivasi yang mengubah golongan kata iaitu kata nama
kepada kata kerja seperti tulis apabila ditambah imbuhan pe(N) akan menjadi
penulis. Hal ini akan mengubah golongan kata bagi perkataan tulis tersebut. Seterusnya,
morfem derivasi yang mengubah makna pula iaitu kerusi sebagai tempat untuk
duduk manakala pengerusi pula ialah individu yang mengetuai sesuatu organisasi.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa perubahan makna bagi perkataan kerusi. Dr
telah menerangkan satu per satu secara terperinci tetapi kami perlu menelaah
buku tatabahasa dewan dengan lebih mendalam lagi supaya kami lebih bersedia
untuk menjawab pertanyaan daripada Dr. Selain itu, Dr juga telah membincangkan
kuiz yang diberikan sebelum memulakan kuliah pada hari Selasa tersebut dimana
kami perlu menjawab 6 soalan dan dibincangkan di dalam kelas. Bagi saya kuiz
tersebut agak mencabar pada kuiz sebelum ini dan perlu memahami setiap
permintaan soalan untuk menjawab soalan.
Morfem Derivasi
Kuliah Khamis (18/10/2018)
Pada kuliah ini Dr telah mengedarkan kami sehelai
kertas yang berkaitan dengan morfem infleksi. Morfem infleksi ialah tidak
mengubah makna dan golongan kata. Kuliah morfem infleksi ini saya sedikit kabur
tentang penerangan yang diberikan oleh Dr semasa di dalam kuliah.
Walaubagaimanapun, saya akan berusaha untuk memahami sepenuhnya berkaitan
dengan morfem infleksi ini daripada bantuan rakan-rakan sekelas dan melalui
pembacaan daripada buku Nahu Melayu Mutakhir yang ditulis oleh Asmah. Saya
berharap Dr akan menerangkan dengan lebih lanjut di dalam tutorial atau semasa
kuliah. Setelah selesai penerangan morfem infleksi Dr telah mengadakan satu kuiz
dengan menggunakan aplikasi ‘Kahoot’. Aplikasi ‘Kahoot’ ini merupakan satu
aplikasi yang sangat menarik bagi saya dimana setiap orang berpusu-pusu untuk
menjawab kerana mempunyai tempoh masa yang tertentu dalam masa yang sama perlu
memikirkan jawapan sebelum menjawab. Bagi saya kuiz seperti ini menambahkan
lagi pengetahuan saya tentang perkara yang telah dipelajari di dalam kelas.
Pada kuiz ini saya telah berjaya menjawab 6 soalan dengan betul daripada 9
soalan. Hal ini merupakan satu peningkatan bagi saya dan bermakna saya sudah
memahami serba sedikit tentang morfologi ini. Sekian, terima kasih.



No comments:
Post a Comment