Friday, 12 October 2018

REFLEKSI DIRI MINGGU 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr.Norsofiah

Tutorial Isnin (3-4 petang, 8/10/2018)

Pada hari isnin tutorial berjalan seperti biasa di Bilik Tutorial 1 di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Pada tutorial tersebut Dr telah membincangkan latihan morfem yang telah diberikan pada minggu lepas. Melalui latihan tersebut kami perlu mengenal pasti setiap perkataan yang diberikan sama ada kata akar, kata dasar, prefiks, sufiks, konfiks, infiks dan kategori kata. Latihan tersebut dijalankan secara berkumpulan dan membolehkan kami berbincang untuk mendapat jawapan bagi setiap perkataan tersebut. Semasa perbincangan Dr telah menggunakan aplikasi "random name picker" untuk memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan yang di tanya. Perbincangan ini membolehkan saya lebih memahami kerana Dr telah membincangkan satu per satu setiap soalan.


                                                               Latihan morfem

Kuliah Selasa (9/10/2018)
Sebelum kuliah berlangsung pada hari selasa, Dr telah memberikan kami kuiz melalui aplikasi "quizizz" yang berkaitan dengan morfem. Terdapat 10 soalan yang perlu dijawab oleh semua pelajar. Saya telah memperoleh 5/10 daripada soalan tersebut. Kuiz tersebut menguji kefahaman pelajar sama ada pelajar mengusai atau tidak berkaitan dengan morfem. Pada kuliah tersebut, Dr telah membincangkan kuiz yang telah dijawab oleh kami dan membincangkan morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas terbahagi kepada dua iaitu kelas terbuka dan kelas tertutup. Morfem kelas terbuka boleh menerima ahli baru manakala kelas tertutup tidak boleh menerima ahli baharu seperti kata bantu (yang). Morfem terikat pula terbahagi kepada dua iaitu derivasi dan infleksi. Morfem derivasi boleh mengubah kelas kata atau mengubah makna manakala morfem infleksi pula ialah sebarang penambahan morfem tidak akan mengubah makna dan kelas kata. Selain itu, Dr juga menerangkan tentang leksem, morf , alomorf dan proses pembentukan kata. Setiap penerangan yang dijelaskan oleh Dr sedikit sebanyak telah membuka minda saya untuk memahami penerangan yang telah diberikan. Semasa kuliah tersebut, Dr telah mengadakan satu aktiviti menggunakan aplikasi dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar dan pelajar perlu mencari kumpulan masing-masing mengikut nama telah diberikan. Melalui aktiviti ini pelajar dikehendaki berbincang sesama ahli untuk menjawab soalan yang diberikan dan secara tidak langsung aktiviti ini mengajar nilai kerjasama dalam menentukan jawapan berdasarkan pengetahuan yang telah dipelajari.


                                                   Markah kuiz melalui aplikasi "quizizz"


Kuliah Khamis (11/10/2018)
Kuliah berjalan seperti biasa iaitu bermula pukul 8.00 pagi yang bertempat di dewan kuliah R. Pada kuliah tersebut kami dibekalkan buku tatabahasa dewan yang telah ditempah beberapa minggu yang lalu. Dr telah memberi penerangan serba sedikit kepada kami berkaitan dengan buku tersebut. Kami telah diberi penerangan tentang morfem, morfem akar, morfem dasar, morfem derivasi dan morfem infleksi. Sebelum ini Dr telah memberi penjelasan dalam tutorial berkaitan dengan tajuk tersebut. Apabila Dr menerangkan di dalam kuliah secara tidak langsung dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang morfem, morfem akar,morfem dasar, morfem infleksi dan morfem infleksi. Untuk memahami morfem ini bukanlah benda yang mudah sebaliknya memerlukan pembacaan yang lebih banyak. Oleh itu, buku yang telah dibekalkan kepada kami merupakan gedung ilmu tentang morfologi. Saya berharap agar kuliah pada akan datang dapat menambahkan lagi ilmu tentang morfologi.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI

Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi. Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikut...