Friday, 5 October 2018

REFLEKSI DIRI MINGGU 4


Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr.Norsofiah Binti Abu Bakar

Kuliah Selasa (2/10/2018)
Pada hari Selasa kelas bermula tepat jam 8.00 pagi dan pengajaran bermula yang bertajuk morfem. Sebelum penerangan yang lebih lanjut dihuraikan oleh Dr, kami telah diberikan dengan satu kuiz yang berkaitan tajuk yang akan dipelajari pada esok hari iaitu melalui Edpuzzle. Kami perlu menonton video dengan teliti sebelum menjawab soalan yang telah disediakan dan terdapat 4 soalan yang berkaitan dengan morfem. Kaedah yang digunakan oleh Dr ini telah membuka minda saya untuk belajar terlebih dahulu sebelum kuliah bermula. Hal ini memberi impak yang sangat mendalam kepada saya sebagai seorang pelajar dimana perlu membuat persiapan terlebih dahulu sebelum kuliah bermula dan apabila Dr menerangkan tentang morfem saya telah tahu serba sedikit tentang tajuk morfem ini. Pada kuliah tersebut Dr telah membincangkan jawapan yang tepat mengenai morfem. Saya merupakan salah seorang pelajar yang diajukan soalan oleh Dr berkaitan dengan morfem menjalankan tugas nahu dan soalan tersebut dapat dijawab walaupun penerangan tidak begitu panjang. Secara kesimpulanya, kuliah pada hari tersebut sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada saya tentang morfem.

Kuliah Khamis (4/10/2018)
Pada hari Khamis saya bersama 6 orang rakan-rakan yang mengambil subjek morfologi tiba di dewan kuliah R lewat sedikit pada waktu yang ditetapkan memandangkan hujan pada hari tersebut. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran Dr telah memberi kata-kata semangat dan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan akhlak dan abad ketika menimba ilmu. Percakapan Dr yang tegas dan mementingkan tentang adab-adab dalam menerima ilmu pengetahuan ini membuatkan saya tertarik untuk mendengar dan ingin mengikuti jejak Dr apabila saya berada di dalam dunia pekerjaan pada masa akan datang. Memandangkan masa berjalan dengan begitu pantas, Dr telah memberi penerangan kepada kami kerangka kursus Morfologi dimana kuliah pada hari tersebut Dr telah membincangkan konsep morfologi mengikut pengkaji-pengkaji seperti Bloomfield (1933), Lynos (1970) dan Asmah (2008). Saya juga telah diberi penerangan berkaitan dengan perkembangan bidang morfologi. Selain itu, Dr juga telah memaklumkan kepada kami sekelas tentang konsep-konsep utama yang akan dipelajari seperti leksem, morfem (morf, alomorf, morfem derivasi, morfem infleksi, morfem akar, morfem bebas, morfem terikat dan morfem kosong) dan perkataan(kata akar, kata dasar dan penggolongan kata). Kerangka kursus ini amat penting kerana saya kerana ini akan memberi maklumat kepada saya perkara yang dipelajari dalam morfologi. Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran Dr telah mengadakan satu kuiz dengan menggunakan Kahoot dan semua pelajar menjawab soalan tersebut dengan pantas. Pengajaran seperti ini tidak membosankan dan dalam masa yang sama kuiz tersebut menguji kefahaman yang telah dipelajari  di dalam kuliah . Tidak lupa juga Dr telah memberikan latihan morfem yang akan dibincangkan pada hari tutorial.


                                                       Rangka subjek morfologi


Tutorial ganti pada hari Jumaat (5/10/2018)
Tutorial ganti berjalan seperti biasa pada pukul 11 sehingga 12 tengahari yang bertempatkan di makmal komputer c20. Pada tutorial ini Dr telah memberi penerangan tentang e-portfolio. Dr telah menunjukkan demonstrasi untuk melaksanakan e-portfolio satu persatu dan setiap pelajar perlu memiliki satu e-portfolio. Tujuan pembinaan e-portfolio ini adalah untuk menyimpan hasil-hasil kerja sepanjang saya mempelajari subjek morfologi ini di samping menyiapkan saya dengan dunia pekerjaan yang agak mencabar pada masa akan datang memandangkan begitu ramai graduan yang tidak mendapat perkerjaan. Oleh itu, ini merupakan satu alternatif yang bagus dan baik yang dibuat oleh Dr demi melihat anak-anak didiknya berjaya untuk mendapat pekerjaan. Selain itu, kursus ini bukan hanya mempelajari morfologi sahaja malah kami juga telah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat. Saya berharap dengan pelaksanaan e-portfolio ini membantu saya untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KESELURUHAN MORFOLOGI

Assalamualaikum buat Dr yang dikasihi. Masa begitu pantas berjalan dan sudah tiba ke penghujung bagi kursus Hmt 223. Setelah saya mengikut...